Pages

Saturday, June 15, 2013

Bedak Tanaka

Bedak TANAKA

Kulit pokok Thanaka itu, ia didakwa, bertindak sebagai. 
Astringen, antiseptik dan pelindung matahari

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.

Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja myanmar untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. 

Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh. Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka.

Di Malaysia, Kosmetik berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam iklan pun banyak juga.

Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Memang nampak cantik pada mulanya tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .

Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan.

Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER.


Bedak Tanaka diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk:

- Kecutkan jerawat
- Haluskan kulit
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat
- Lembutkan kulit
- Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


Bedak ni ada ..sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk.

Ada 3 jenis wangian:
Bekas Pink - Rose
Bekas Putih - Jasmine
Bekas Cream - Ori Tanaka
Bekas Hijau - Lemon

Harga:
40 grm seunit rm28.00 (SM) rm32 (SS) inc postage.
110gram seunit rm38.00 (SM) rm42 (SS) inc postage

Sila sms/whatsapp/viber/line 0 1 2 6 2 5 0 9 4 2 untuk membuat pesanan



No comments:

Post a Comment